Monday, 16 April 2018

Underground Band









Bagi peminat fanatik muzik Grunge di Malaysia pasti menjadikan Band underground 

"Otai" ini sebagai idola 

kesayangan mereka,mana 

tidaknya kebanyakkan lagu yang dihasilkan 

"lahir dari jiwa mereka dan seiring dengan kematangan dalam menghasilkan lagu".

Sebut saja nama band 

Butterfingers  pasti akan 

berlegar di kepala peminat setia tentang muzik mereka yang seakan band 

dari luar negara iaitu Nirvana.Band ini menyampaikan lagu dalam bahasa inggeris


Image result for butterfingers
pada masa yang sama turut 

memperjuangkan lagu dalam 

bahasa melayu.Kumpulan ini terdiri daripada 4 
orang ahli iaitu 

Loque(mastermind/gitar utama)
Emmet(vokalis/gitar), Loco(dram),dan Kadak(Bass).

Sebelum tertubuhnya 

"Butterfingers"

band ini dikenali sebagai Loque's Tail's diterajui oleh Loque sendiri sebagai 
vokalis dan gitar utama,Kadak(bass)serta 3 lagi rakan yang lain iaitu cop,Ayul dan juga Bobo.                                                                                          

Kelima-lima mereka ini merupakan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK).          

Emmet pada masa itu menganggotai band Grunge Dayz selaku gitar utama.Butterfingers

telah merakamkan 6 buah album penuh(Inggeris/Melayu),4 album kompilasi.

4 Album Inggeris

1996-1.2 Milligrams(Butterworld)
1997-Butter Worth Pushful(Butterworld/EMI)
1999-Transcedence(Butterworld/EMI)
2001-Malayneum(Butterworld/EMI)

2 Album Melayu

2005-Selamat Tinggal Dunia
2008-Kembali

4 Album Kompilasi

>Butter Late Than Never-2000-Butterworld/EMI
>The Best Is Yet To Come-2003-Butterworld/EMI
>The Butterfingers' Made For Japan Release-2004-Butterworld/EMI
>"Peristiwa Batu Keras" Live In Hard Rock Cafe CD/VCD-2006-Butterworld/EMI


Band Butterfingers mula menyepi dari industri muzik tanah air dengan album KEMBALI 

pada tahun 2008 merupakan album studio terakhir band ini.

Emmet sudahpun berhijrah ke Kanada manakala Loque telah menubuhkan band baru yang 

dikenali sebagai Monoloque bagi meneruskan perjuangan muzik.

Walaubagaimanapun Butterfingers tetap ada,cuma tidak seaktif dahulu.

Butterfingers hanya akan bersama untuk persembahan mengikut tawaran bersesuaian.


Sumber:Harian Metro Sabtu,24 Disember 2016



No comments:

Post a Comment

Bisnes Tanpa Modal Besar

Apabila terasa pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan mengawal perbelanjaan. Kena ...