DIET
Apa itu Diet???...
Diet boleh di ertikan sebagai pengaturan pola makanan sama ada dari segi bahagian,ukuran ataupun
kandungan gizi.Dalam Bahasa Yunani,maksud “diet”bererti cara hidup.Dalam Kamus Dewan Bahasa
Dan Pustaka,pengertian”diet”membawa erti...makanan dan minuman biasa yang di makan oleh
manusia atau binatang...makanan yang dihadkan untuk seseorang atas sebab masalah
kesihatan.Contoh ayat seperti….dia~kerana ingin mengekalkan bentuk badannya….(Kamus Pelajar
Edisi Kedua).Dalam artikel ini akan diterangkan jenis-jenis diet yang biasa diamalkan oleh individu
yang inginkan gaya hidup yang sihat.Berikut adalah 5 cara diet yang popular:-
Jenis-jenis Diet:-
1)Diet Paleo
Diet Paleo atau dikenali sebagai diet orang Zaman Batu Lama
singkatan daripada”Paleolitik”.Sumber makanan diperoleh
daripada hasil alam serta cara
memproses makanan dengan
hanya dibakar,dikukus dan juga
direbus. Sakit moden pada masa
kini adalah disebabkan pengambilan bahan-bahan seperti bijirin,
tenusu dan juga makanan yang telah di proses.Meskipun kita tidak dapat mempraktikkan seratus
peratusseperti apa yang dilakukan oleh manusia Zaman Batu,ada cara alternatif lain pemakanan
moden masa kini. Salah satu yang dijadikan amalan ialah makanan yang bebas gluten.
Gluten sendiri bersifat seperti lem atau perekat yang merupakan gabungan protein yang bisa
ditemukan di dalam gandum.Diet Paleo menekan pada pemakanan seperti sayur-sayuran, buah-
buahan, dan juga kekacang.
2)Diet Mayo
Diet Mayo ini berasal dari”Mayo Clinic”, sebuah organisasi kesihatan yang terkenal di Amerika Syarikat.
Dalam diet ini, anda diharuskan untuk mengurangi pengambilan garam atau langsung tidak makan
garam. Pengambilan garam dipercayai mampu mengikat cairan dan lemak tubuh sehingga dapat
menyebabkan kegemukan.Anda juga diharuskan untuk mengambil semua makanan dengan cara
direbus atau dikukus kerana proses penggorengan membuat makanan kaya dengan lemak.Contoh
makanan dalam Diet Mayo seperti kopi,teh,telor,sayur-sayuran yang di celur,ayam rebus,ikan stim,
3)Diet Alkali/Alkaline
Pola makan alkali berasal dari perubatan tradisional
Hindu kuno yang disebut “Ayurveda”.Diet
Alkaline adalah pengaturan pola makan dengan cara
menyeimbangkan pH atau keasidan dalam
tubuh. Beberapa selebriti dunia seperti Victoria Beckham
telah mencuba Diet Alkaline.Menurut Ahli
Gizi,Vicky Edgson-...”Acid foods can cause weight gain,
tiredness and other health problems,whereas alkaline foods help you stay in shape and make you feel and look
younger”.Source:http://www.reveal.co.uk/lifestyle/news/a454760/victoria-beckhams-alkaline-diet-
everything-you-need-to-know.html.
Jika tubuh kita bersifat asid, maka tubuh kita menjadi
sasaranempuk bagi berbagai penyakit. Oleh itu kita perlu makanan yang bersifat alkali (alkaline)
untukmenjaga keseimbangan pH di dalam darah. Program diet ini menyeimbangkan pH tubuh ke
tingkatyang optimal. Dengan melakukan diet ini bererti kamu juga telah mengeluarkan racun-racun
yangada dari dalam tubuh.Contoh makanan Dalam Diet alkaline adalah seperti kacang
almond,asparagus,brokoli,timun,terung,bawang putih,roti tanpa gluten,susu kambing dll.
4)Diet Atkins
Diet Atkins merupakan salah satu diet yang popular di Malaysia.Diet Atkins diperkenalkan oleh Dr.
Robert C. Atkins bagi membantu seseorang
individu untuk mengurangkan berat badan melalui
konsep pembakaran karbohidrat.Diet Atkins
dikatakan berkesan kerana makanan yang anda
ambil haruslah merupakan makanan yang
mengandungi protein dan lemak serta mengelak
daripada mengambil makanan berkabohidrat.
Antara sebab utama diet ini berkesan adalah kerana
ianya dapatmengurangkan selera makan anda.
Diet Atkins akan menolong anda mengawal tahap
insulin dalambadan anda menerusi cara pemakanan yang betul.Pendekatan Diet Atkins boleh
memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes,
penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan
alahan tertentu, sakit ronik dan lemah sistem imun.Contoh pemakanan dalam Diet Atkins adalah
seperti barli,oat,beras perang,kekacang,susu,keju dll.
KESIMPULAN
Walau apapun jenis diet seperti yang di terangkan di atas,ianya bukan tertumpu kepada individu yang
mempunyai berat badan berlebihan tetapi setiap orang perlu mengamalkannya agar badan kekal sihat
dan cergas sepanjang masa.Selain daripada mengawal pemakanan seharian diet tidak akan berkesan
sekiranya tanpa melakukan senaman.Elakkan dari mengambil ubat-ubatan ataupun produk
pelangsingan badan yang belum tentu terbukti berkesan.
jadi?????
renung-renungkanlah..........
sekian.
No comments:
Post a Comment