Saturday, 30 June 2018

Hak-Hak Pengguna


Hak pengguna adalah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Antara Hak-hak pengguna adalah:-

Hak-Hak Pengguna

1) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan didunia moden ini.Keprluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan, dan pendidikan dsb...

2) Hak untuk mendapatkan keselamatan
Penggunadilindungi daripada pemprosessan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan penggiuna. 

3) Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak.pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan, dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4) Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5) Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendaaiman hendak menjadipat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6) Hak untuk mendapat gantirugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang"mengelirukan" serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

7) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan  pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak  memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa kini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya.Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semulajadi  yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.
1. Air masak
Image result for air masak

Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.   


2. Jus sayur-sayuran

Image result for jus sayur-sayuranJus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan 4. Kopirasa kenyang tahan lebih lama.


3. Teh yang tidak terlalu manis

Image result for teh yang kurang manis

Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.


4. Kopi



Image result for kopi

Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.


5. Susu rendah lemak




Image result for susu rendah lemak


Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.
Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.


Tabiat Silang Kaki

Image result for silang kaki
Tanpa sedar, kita sering menyilang kaki. Pada masa sedang makan malam, sedang bekerja di meja kerja, sedang menunggu dan dalam segala kesempatan masa anda dalam posisi duduk. Menyilangkan kaki sudah menjadi kebiasaan yang mungkin sudah anda lakukan selama bertahun-tahun!
Sudah tiba masanya untuk anda memikirkan kembali bila anda mula menyilangkan kaki, kerana menurut kajian, sikap ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang buruk. Apa kesan kesihatan yang akan timbul bila anda terus menyilangkan kaki?
1. Sakit Belakang dan Leher
Kebiasaannya, apabila anda duduk menghadap ke depan, kedua telapak kaki akan menapak di lantai. Malangnya, kita terbiasa untuk menumpukan berat ke salah satu sisi dengan menyilangkan kaki. Menurut ahli ortopedik Vivian Eisenstadt, menyilangkan kaki boleh menyebabkan sakit belakang dan leher.
Duduk dengan kaki menyilang membuat pinggul anda berada di posisi bengkok yang boleh menyebabkan tulang pinggung berputar. Pelvik adalah penyokong utama tulang belakang, saat pinggul anda berputar, akan memberikan berat dan tekanan yang tidak perlu pada leher dan punggung. Semakin lama anda duduk dengan kaki menyilang, semakin besar tekanan pada tulang belakang yang akan meningkatkan risiko sakit di punggung dan leher. Susah memang untuk selalu duduk dengan postur sempurna, apabila anda teringat, terus letakkan duduk anda dengan lutut dan kaki bersudut 90 darjah dan usahakan tulang belakang seimbang.
2. Spider Veins
Urat atau pembuluh nadi yang menonjol berbentuk seperti jaring labah-labah ini sebenarnya mempunyai beberapa teori yang menyebabkannya. Beberapa doktor mengatakan, urat labah-labah disebabkan oleh genetik, kehamilan, terdedah kepada cahaya matahari dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.
Ada juga yang berpendapat, kemunculan urat labah-labah diakibatkan kerana kedudukan menyilangkan kaki. Menurut Hooman Madyoon, Pakar Kardiologi dari Cedars Sinai Medical Center, ketika menyilangkan kaki, tekanan pada pembuluh nadi meningkat. Ini bertanggungjawab untuk mengembalikan darah kembali ke jantung. Tekanan pada satu kaki pada kaki lain akan menghalang atau melemahkan aliran darah dan kemudian menjadi menggumpal yang menyebabkan spider veins.
3. Meningkatkan Tekanan Darah
Darah di kaki seharusnya mengalir naik ke jantung, melawan graviti. Proses ini sendiri sudah menjadi tugas yang berat untuk tubuh anda. Apabila anda menyilangkan kaki, ini boleh menghalang aliran darah. Hasilnya, tubuh harus meningkatkan tekanan darah untuk menggalakkan darah di kaki kembali ke jantung. Anda biasanya tidak akan rasa suatu gejala apapun ketika tekanan darah kembali ke atas, namun apabila berlaku berulang kali, anda dapat merasakan kesannya dalam jangka masa yang panjang.
4. Saraf Kaki
Tidak hanya akibat terhambar aliran darah dari kaki ke jantung, menyilangkan kaki juga boleh memberi kesan buruk pada pembuluh dan saraf di kaki dan telapak kaki. Saraf peroneal, saraf besar di kaki, akan mendapat tekanan semasa anda menyilangkan kaki. Tekanan ini akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan membuat beberapa otot di kaki dan telapak kaki menjadi lumpuh sementara.Ini juga boleh membuat anda sukar mengangkat pergelangan kaki yang biasa disebut sensasi “pins and needles”. Dan mengulang kedudukan menyilang kaki berkali-kali akan menyebabkan kebas di kaki dalam jangka masa panjang akibat saraf yang terganggu. 

6 Tanda Lelaki Berbohong



Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya pernah berbohong dan dibohongi. Tetapi paling sakit hati sekiranya pasangan anda kerap memberi alasan sehingga anda merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Bagi mengetahui sama ada pasangan anda terutamanya lelaki sedang berbohong atau bercakap jujur ada cara untuk menentukannya. Sebenarnya air muka dan gerakan badan seorang lelaki itu boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak.
Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Jadi wanita di luar sana usah risau, lelaki yang berbohong dapat dilihat daripada tanda-tanda berikut :

MENYENTUH HIDUNG

Apabila seorang itu berbohong tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah meneybabkan ia membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi apabila si dia bercakap engan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan.

MENUTUP MULUT.

Terdapat sesetengah orang menutup mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi susah dididik untuk tidka berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

GAGAP.

Apabila seseorang yang bercakap lancar tib-tiba menjadi gagap sehingga setiap bait kata-kata yang keluar daripad amulutnya tersekat-sekat itu merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi.
Sekiranya tiada apa-apap petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya kemungkinan lelaki tersebut bterbohong. Jadi jika ada bertanya pada teman lelaki atau suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya maka ada tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

PERGERAKKAN MATA.

Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu sekirnaya kelipan mata berkurangan daripada kadar biasa ini, ini mungkin tanda berbohong.
Sebaliknya ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkelip dengan banyaknya ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

LENGAH MEMBERI JAWAPAN.

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama berdehem dan batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

RESAH.

Orang yang berdusta kerap gelisah dan menguba-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dlaam kedaaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kenapa Nyamuk berlegar-legar Di Kepala Kita



Image result for nyamuk terbang di kepala manusia

Tahukah anda bahawa nyamuk adalah serangga yang paling berbahaya di dunia? Kerana serangga kecil ini dicatatkan kes maut sebanyak 2 juta nyawa setahun.
Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka ‘bermain’ dia atas kepala kita.
Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya ‘percubaan’ untuk menghisap darah kita.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.
Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.
Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

Usia vs Kahwin


Image result for usia dan kahwin


Boleh dikatakan ramai lelaki dan wanita yang masih berstatuskan diri sebagai bujang. Walaupun wujud rasa cemburu melihat rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak namun anda masih tetap sahaja bersendirian.
Dalam pada itu, perlukah difikirkan kenapa perlu rasa terburu-buru? Menurut kajian, berkahwin juga ada umur terbaiknya. Menurut wartawan Brian Christian, dan penyelidik bidang kognitif Tom Griffiths, sebaiknya anda mengikuti aturan 37% jika ingin mencari pasangan hidup.
Aturan 37% ini akan mengira secara algoritma dan membantu memutuskan sesuatu. Anda perlu menapis pelbagai pilihan dalam masa terhad dan jika dilaksanakan, contohnya diandaikan bahawa mencari pasangan dilakukan dari usia 18-40 tahun, usia terbaik untuk berkahwin adalah usia 26 tahun.
Ada yang menganggap usia tersebut masih muda dan masih belum puas untuk berhibur, tapi jika anda berkahwin selepas usia tersebut, usia tersebut, akan ada penurunan kesempatan mencari pendamping hidup yang baik. Tapi ia hanya kajian sahaja kerana jodoh datang pada bila-bila saja dan tiada siapa tahu bila.






Image result for rakyat malaysia kurang bercuti




Baru-baru ini Kajian Percutian Expedia telah mengeluarkan satu keputusan melalui kajian mereka berkenaan bilangan mereka yang pergi bercuti. Kajian yang dilakukan melalui laman web Expedia.com itu benar-benar mengejutkan.
Jika dilihat pada kajian tersebut, rakyat Malaysia merupakan ditempat ketiga paling kurang pergi bercuti dan yang kedua di Asia Pasifik. Maksudnya dekat sini, rakyat kita kurang bercuti.
Wow! Memang satu fakta yang mengejutkan. Berdasarkan kajian tu jugak ia menunjukkan lebihkurang 52 peratus pekerja di Malaysia dilaporkan terpaksa membatalkan rancangan percutian kerana tugasan di tempat kerja.
Memang agak menyedihkan. Malah pihak expedia juga menasihatkan agar rakyat Malaysia mengimbangi waktu kerja dan cuti mereka agar tidak terlalu stress. Tapi, antara punca orang tidak pergi bercuti adalah masalah kewangan.
Sumber: Berita Harian

Bisnes Tanpa Modal Besar

Apabila terasa pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan mengawal perbelanjaan. Kena ...