Wednesday, 25 April 2018

BISKUT ALIEN VIRAL GUNA 4 BAHAN JEEEE....

BISKUT ALIEN VIRAL

nak cerita resepi viral ni..asalnya dibuat oleh Maria Khalisya Khalis dalam group facebook Masak Apa Hari Ini(MAHN)...dek kerana kiut miut biskut ni..kakak aku dah cuba try test ngan anak-anak dia..ok kita tengok resepi 4 bahan tu...


Bahan-bahan untuk Biskut Alien Viral 4 Bahan:

1/2 Buttercup
1/2 tin susu pekat
400 gram tepung jagung
4 sudu besar susu tepung

cara buat senang je...masukkan semua bahan di atas dan gaul hingga sebati dan tidak melekit...kalau doh  tidak berapa lembut boleh tambahkan 2 sudu butter lagi. Pastu bleh la bentukkan corak apa nak.


.macam kakak aku ..anak-anak dia yang bedal buat...udahnye rupa macam watak kartun dalam cerita kacang kat tv2 tu..dia post dalam group fb MAHN tu...perghhh ribu2 like, ramai netizen cuba resepi ni dan hasilnya sama juga seperti kakak aku....kelaut dalamm hasilnya..ok ni gambar asal tuan punya resepi...







ini hasil tangan kakak dan anak buah aku...hahahahaha


dan di bawah hasil air tangan geng-geng MASAK APA HARI INI (MAHN)..lucu dan mencuit hati..

Image result for resepi biskut alien

Image result for resepi biskut alien
macam naik roller coster..hahaha

Image result for resepi biskut alien
seram lak tengok yang ni..
Image result for resepi biskut alien

adoiii..sakit perut tahan gelak..nak tahu lebih cerita biskut viral..kamu semua boleh skodeng pakcik google n group MAHN tu...macam-macam gambar lucu tentang biskut viral ini.

Sumber: Maria Khalisya Khalis






Santai




GITAR


Korang minat main GITAR????

Aku salah sorang peminat alat MUZIK ni

Tak tau la kenapa Aku minat sangat dengan benda bertali ni????

yg pastinya alunan bunyi gitar membuatkan aku rasa tenang ibarat mcm terapi la bagi aku(lain org lain cara).

Cerita pasal GITAR ni ,Aku ade 2 bijik,bijik???bijik ke buah?!!!....ah,lantaklah!! pandai2 laa korang bina ayat sendiri ikut pemahaman korang.

Aku ade 2 GITAR(klasik dan akustik) gitar klasik Aku beli lps habis spm tahun 2000.gitar akustik pula aku beli sekitar tahun 2012. Dua-dua aku beli pakai duit sendiri,minat punya pasal...yelah takkan nak rompak lak...Tul tak?!!!

Gitar ni ade byk jenis tp dkt Malaysia gitar kapok dan gitar akustik sangat popular di kalangan
beginner cam aku.Sebelum nak beralih ke guitar letrik cam fender dan Ibanez(...itu jelah yang aku tau...)elok2 praktikkan Dulu jari jemari yang halus mulus Tu pakai 2 gitar ni(klasik & akustik).

So mari kita tengok apa itu gitar klasik dan akustik...

Gitar Akustik
acoustic-guitarJuga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).
Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.
Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.

Gitar Klasik
classical_guitarKonsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.
Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.
Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.
Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.



AISKRIM

6 Jenis Aiskrim Yang Unik Hanya Terdapat Di Malaysia

sumber: http://www.mahamahu.com/2015/03/6-jenis-aiskrim-yang-unik-hanya.html


6 Jenis Aiskrim Yang Unik Hanya Terdapat Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Betul lah org kata Malaysia ini adalah syurga makanan kerana kita kat sini mati kerana banyak makan. Dari pelbagai bahan semua boleh di makan paku, batu, papan dan mcm2 lagi. Dah mcm lirik lagu Jalil Hamid lak hehehehe.


Tapi lagi unik sekarang ni bagaikan fenomena di negara kita iaitu aiskrim yang di variasikan dengan persembahan yang menarik dan unik. Ini semua untuk menarik minat orang ramai untuk mencuba aiskrim yang di cipta ini. Kat sini Mahamahu ada senaraikan 6 jenis aiskrim yang hanya terdapat di Malaysia dan tiada di tempat lain. Jom kita tengok antara aiskrim yang cukup popular dan unik di Malaysia ok.


Aiskrim Malaysia
Ini adalah aiskrim yang paling popular masa zaman Mahamahu kecil2 dulu. 1 batang 10sen jer dulu tapi kini entah ada entah tidak. Walaupun menghadapi saingan dengan aiskrim luar tetapi aiskrim Malaysia ini tetap pujaan hati. Ini kerana aiskrim ini ada dalam pelbagai perisa kat tempat lain tak pernah rasa perisa ini. Paling popular aiskrim perisa kacang hijau, jagung, bandung, perisa cendol dan mcm2 lagi lah.


Aiskrim Goreng
Dulu juga cukup popular dengan aiskrim goreng ini kalau dulu di goreng dengan roti biasa yang membungkus aiskrim ini tapi kini dengan pelbagai inovasi ia telah bertambah maju dan moden. Kalau tengok sekarang pun dah ada jual aiskrim ini secara komesial di pasaran. Apa pun aiskrim ini paling santai sambil makan dalam keadaan panas dan sejuk.


Aiskrim Lesung
Ini pun bagai menjadi cabaran kepada aiskrim pasu. Tak tahu juga mana asal usul ia kini menjadi bualan dan hebahan di laman social. Tengok pada saiz lesung yang di gunakan agak besar dan berat tapi demi menampakkan kelaianan ia telah di tampilkan dengan penuh gaya kreativiti. Menarik bukan hanya menggunakan lebung batu yang di guna untuk menumbuk sambal selalunya tapi kini di gunakan untuk makan aiskrim di dalamnya.


Aiskrim Pasu 
Tak tahu mana dtg ribut dan angin tiba2 aiskrim ini cukup popular dan menjadi viral di laman social media. Mahamahu sendiri pun tak tahu mana asal usul sebenar aiskrim pasu ini tetapi ia telah menjadi trend dan melanda seluruh Malaysia. Aiskrim pasu bukanlah sesuatu yang susah tapi ia hanya menggunakan pasu bunga plastik untuk tampak lebih exotic lain dari yang lain.


Aiskrim Kelapa
Fenomena aiskrim dalam buah kelapa juga memang menarik dan sedap. Ini kerana aiskrim dan di campur dalam buah kelapa bersama dengan isi kelapa yang di parut dalam tu memang cukup menarik dan unik. Kalau selalu kita minum air kelapa muda dalam tu tapi kini di tambah dengan aiskrim dalamnya bersama ini kelapa muda yang di parut.


Aiskrim Congkak
Tiba2 pula timbul dan keluar gambar dan cerita aiskrim congkak. Aiskrim yang diisi di dalam peralatan mainan congkak yang mengandungi 14 lubang. Memang banyak lah aiskrim ini kalau ia adalah terjadi tapi boleh habis ker. Tak pasti lagi kesahihan tentang aiskrim congkak ini kerana Mahamahu pun tengok gambar dalam laman social sahaja. Yang pernah tgk makanan dalam congkak adalah sebelum ni.









Labu Kayu Ubat Untuk Kanser?






Pernah dengar nama buah labu kayu?...ya! sejenis tumbuhan berbuah yang masih lagi terdapat di Malaysia. Anda mesti terbayang pokoknya mendatar di atas tanah..meleset bayangan anda..sebenarnya pokok labu kayu besar dan yang menariknya buah labu kayu terdapat pada dahan-dahan utama pokok tersebut. 




Di gelar labu kayu kerana kulitnya keras seakan kayu dan berbentuk bulat seperti kelapa namun begitu isi dalamnya berwarna putih, bila direbus isinya ia akan menjadi air bewarna ungu kehitaman dan rasanya pula pahit. Kulit labu kayu berwarna hijau dan bila tua ianya berwarna coklat.



Saya ada melihat video di 'facebook' Anggraini Agam DrAya berkenaan labu kayu...ianya satu khazanah alam yang boleh membunuh sel-sel kanser..oleh kerana rasanya yang tidak enak. Air rebusan buah ini perlu dicampur dengan madu asli untuk menyeimbangkan sifat panas dan rasa pahit air rebusan tersebut.

Bagi kaum cina, buah labu kayu ini tidak asing bagi mereka..mereka menggunakan air rebusan labu kayu ini untuk mencuci usus dan perut.

Nama Saintifik:Cinchona succirubra Pav. Ex Klotzsch
Sinonim:Cinchona pubescens Vahl, Cinchona cordifolia Mutis
Kegunaan:Rawatan untuk malaria, demam, sebagai tonik, astringent, sakit urat, lemah tubuh badan, sebagai serbuk dalam ramuan ubat gigi dan melegakan sakit tekak. Namun, dos yang tinggi boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kehilangan pendengaran.
Rujukan:




































1. de Padua, L.S., Bunyapraphatsara, N. and Lemmens, R.H.M.J. (Editors), 1999. Plants Resources of South-East Asia No. 12(1). Medicinal and poisonous plants 1. Backhuys Publishers, Leiden, the Netherlands. 711 pp.

2. Penyusun: Norhayati Ismail (USM), Zhari Ismail (USM), Muzlifah Abdul Manaf, 1999. Indeks Tumbuhan Ubat Malaysia. Victus Semulajadi (M) Sdn Bhd. 





Polis Bantuan..jom baca :)

Polis Bantuan

Image result for POLIS BANTUAN
PENUBUHAN
Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis 1976 (Seksyen 47 - Seksyen 50) dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U. (A) 461 bertarikh 21 Disember 1970).
OBJEKTIF
Objektif Penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut:
· Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan
· Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis sera membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
· Sebagai unit sokongan/bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.
KUASA MELANTIK
Pegawai Kanan Polis Bantuan dari pangkat kehormat Inspektor hingga ke pangkat Superintendan adalah dilantik oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri:
Pegawai Rendah Polis Bantuan dari pangkat kehormat Koperal hingga ke Sub Inspektor atau Konstabel Polis Bantuan adalah dilantik oleh Pegawai Pemerintah yang mana terdiri dari Pesuruhjaya atau Ketua Polis Kontinjen berkenaan, atau mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa bagi pihaknya.

Seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan berkhidmat dari bulan ke bulan, walau bagaimanapun tempoh perkhidmatan seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan itu adalah tertakluk kepada sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihaknya.

PERMOHONAN KUASA-KUASA POLIS BANTUAN
Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta yang ingin mendapat kuasa Polis Bantuan untuk pekerja-pekerjanya yang berkhidmat dalam kawasan-kawasan tertentu, akan mengemukakan permohonan kepada Ketua Polis Negara melalui Pesuruhjaya/Ketua Polis yang berkenaan. Pesuruhjaya/Ketua Polis pula kemudiannya akan mengemukakan permohonan tersebut bersama-sama dengan sokongan kepada Ketua Polis Negra (Cawangan Pembantu).
Cawangan Pembantu akan membuat tinjauan khas ke kawasan pemohon untuk mengenal pasti keperluan sebenar kuasa polis yang dipohon sekiranya diperlukan, seterusnya mengemukakan laporan dan permohonan tersebut kepada Ketua Polis Negara atau mana-mana Pegawai Kanan Polis yang diberi kuasa olehnya untuk meluluskan atau memberi bantahan bagi permohonan tersebut.
KUASA DAN TUGAS
Seseorang anggota Polis Bantuan apabila menjalankan tugas-tugas polis dalam kawasan-kawasan yang ditetapkan hendaklah mempunyai kuasa yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya.
Peranan utama ialah menjaga harta benda milik majikan dan mencegah jenayah dalam kawasan yang dipertanggungjawabkan.

Polis Bantuan Semasa melaksanakan tugas bersama-sama pegawai atau anggota polis biasa, pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan lebih rendah dari polis biasa yang sama pangkatnya. Anggota Polis Bantuan adalah ditugaskan dalam kawasan majikannya bagi tugas-tugas polis seperti berikut:-
· Rondaan, bit dan kawalan statik
· Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
· Melindungi dan mengiring harta majikan
· Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
· Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah
LATIHAN
Pasukan Polis Diraja Malaysia adalah bertanggungjawab memberi latihan polis terhadap anggota-anggota Polis Bantuan. Cawangan Latihan Kontinjen adalah dikehendaki menyediakan segala latihan-latihan asas dan sebarang latihan selanjutnya untuk anggota-anggota Polis Bantuan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan untuk tempat tinggal, makanan, pengangkutan, peluru dan peralatan-peralatan lain yang diperlukan semasa latihan tersebut hendaklah ditanggung oleh majikan masing-masing.
Silibus latihan akan disediakan oleh Cawangan Latihan Bukit Aman. Perkara-perkara yang diajar adalah berfokus kepada pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diketahui oleh pegawai Polis Bantuan berkenaan. Sebagai tambahan, kurikulum latihan yang mempunyai kaitan rapat dengan tugas jabatan-jabatan, Badan-badan atau Syarikat-syarikat berkenaan atau undang-undang yang dikuatkuasakan oleh majikan tersebut hendaklah juga diberi keutamaan.
SENJATAPI
Semua pegawai dan konstabel Polis Bantuan yang telah dilantik secara sah, boleh membawa dan menggunakan senjatapi yang dilesenkan di atas nama majikannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan oleh majikannya dalam kawasan yang ditetapkan.
PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA POLIS BANTUAN
1. Baju
Baju kemeja potongan Polis biasa berlengan pendek atau berlengan panjang sebagai ‘pilihan’. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai ‘bush jacket’ sebagai pilihan.
2. Seluar
Seluar Panjang
3. Topi/Songkok/Beret
Tiap-tiap pertubuhan diberi kebebasan memilih satu pakaian menutup kepala samada topi (cap), songkok atau beret.
4. Lencana Topi
Lencana topi Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai dipakaian penutup kepala yang dipilih.
5. Lencana Bahu
Lencana Bahu bertulis ‘Polis Bantuan’ dipakai dipangkal lidah bahu baju. Bagi Pegawai Kanan dikecualikan.
6. Lambang Majikan
Lambang majikan ditampal dilengan kiri baju. Lambang tersebut mestilah berukuran 7cm X 9cm dan bertulis POLIS BANTUAN dibahagian atasnya.
7. Tali pinggang
Tali pinggang hitam (web belt) atau tali pinggang kulit hitam. Pegawai Kanan boleh memakai tali pinggang ‘nylon’ sebagai pilihan.
8. Butang
Butang seperti mana yang dikeluarkan untuk kegunaan pegawai-pegawai dan anggota polis biasa.
9. Kasut
Kasut kulit hitam atau kasut kanvas hitam atau kasut boot canvas hitam.
10. Rantai Wisel
Rantai wisel sebagaimana polis biasa.
11. Stokin
Stokin berwarna hitam.
12. Wisel
Sama seperti bentuk wisel Polis biasa.
13. Apulet
Pegawai Kanan memakai apulet berwarna hitam.
14. Lencana Pangkat
Struktur dan bentuk hendaklah sama dengan Polis biasa. Misalnya Koperal ada dua calit, Inspektor dua paku di atas apulet, ASP tiga paku, DSP satu Mahkota dan Supt, Satu Mahkota dengan satu paku.
15. Lencana
Nombor Polis Bantuan dan tanda nama hendaklah dipakai bagi Anggota Pangkat Rendah dan tanda nama bagi Pegawai Kanan untuk pengenalan seperti mana Polis biasa.
16. Warna baju dan Seluar
Warna baju dan seluar yang telah ditetapkan bagi unit-unit Polis bantuan adalah seperti mana Polis biasa.

Asal usul istilah MAKCIK BAWANG!!

"Apa maksud Makcik Bawang eh?"

Related image

Ini boleh dilihat apabila sesetengah netizens akan bertanyakan soalan setiap kali istilah makcik bawang digunakan oleh pihak tertentu di media sosial ini.

Ada juga yang sebenarnya buat-buat faham maksud disebalik istilah tersebut; contohnya sesetengah netizens beranggapan ia merujuk kepada :

- Makcik yang gemuk macam bawang

- Makcik yang bermulut celupar

- Makcik yang layan kaki drama pukul 7 dan kemudiannya menangis-menangis

- Makcik mulutnya busuk selepas makan bawang untuk menyindir makcik yang suka mengata (mulut busuk) 

Bagaimanapun makna sebenar 'Makcik Bawang' ialah :

→ Kuat mengumpat ataupun suka mengata orang - Diilhamkan dari kegiatan makcik-makcik merewang potong bawang sambil mengumpat. 


Asal usul makcik bawang

Ada yang berpendapat istilah ini mula-mula sekali diperkenalkan di page Kisah Rumah Tangga - page yang sering menjadi perhatian dan kecaman di media sosial kerana gemar berkongsikan cerita rumah tangga termasuklah dalam hal-hal yang tidak sepatutnya diceritakan secara terbuka..

Kononnya terdapat beberapa netizens yang menggunakan istilah 'makcik bawang' bagi memerli dan menyindir pihak-pihak yang suka mengata hal/rumah-tangga orang lain... sedangkan mereka hanyalah pihak yang ketiga..

Diharapkan dengan penerangan ini netizens bolehlah menggunakan istilah makcik bawang sesuai dengan tempat dan maksudnya selepas ini - jangan salah guna lagi okey...

Read more: https://sozcyili.blogspot.my/2018/01/asal-usul-perkataan-makcik-bawang-yang.html#ixzz5DfYxSb9L

Bisnes Tanpa Modal Besar

Apabila terasa pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan mengawal perbelanjaan. Kena ...