Sunday, 1 July 2018

Bisnes Tanpa Modal Besar



Apabila terasa pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan mengawal perbelanjaan.
Kena kurangkan perbelanjaan kehendak dan utamakan perbelanjaan keperluan terlebih dahulu.
Sehinggalah sampai satu tahap, walaupun telah potong hampir kesemua perbelanjaan kehendak dan sedaya upaya berjimat-cermat, namun pendapatan yang diperoleh dirasakan masih tidak mencukupi.
Masih tidak mampu untuk menyimpan, mengambil perlindungan insurans/takaful dan membuat pelaburan.
Malah, untuk perbelanjaan keperluan pun masih terasa sesak.
Apabila tiba ke tahap ini, tiada cara lain yang boleh dilakukan melainkan perlu lakukan sesuatu untuk jana pendapatan tambahan.
Antara cara untuk tambah pendapatan adalah dengan berniaga atau memulakan bisnes.
Tetapi, alasan atau halangan terbesar yang sering orang berikan untuk tidak mula berniaga adalah tidak tahu cara dan tiada modal.
Pada zaman sekarang, dengan kecanggihan teknologi dan lambakan informasi yang mudah dicapai, kedua-dua alasan ini tidak sepatutnya diberikan.
Ada banyak cara untuk mulakan bisnes dengan mudah dan tanpa perlukan modal yang besar.
Antara model bisnes mudah tanpa modal besar yang boleh dilakukan untuk jana pendapatan tambahan adalah:
1. Buat duit dengan affiliate
bisnes mudahDengan affiliate, anda perlu mendaftar dengan penjual atau vendor melalui laman web khas yang disediakan mereka.
Antara vendor yang menyediakan platformaffiliate adalah Lazada, Zalora danBookcafe untuk produk fizikal, manakalaKlikjer, Tim Infokerjaya, Aztetic dan OnPay adalah untuk produk digital.
Selepas mendaftar, setiap affiliater akan diberikan link khas dan beberapa toolspromosi, seperti gambar, ayat-ayat ringkas, artikel-artikel promosi dan video.
Tugas affiliater, anda perlu mempromosikan produk vendor tersebut, samaada produk digital atau fizikal, menggunakan link dan tools yang diberikan.
Boleh promosikan di blog, laman sosial malah menerusi emel dan Whatsapp, bergantung kepada kreativiti masing-masing.
Jika ada yang berminat untuk dapatkan produk tersebut, boleh minta prospek tersebut dapatkan melalui link yang disediakan.
Sistem akan ‘capture’ pembeli tersebut dan apabila bayaran disahkan, affiliater akan diberikan komisen.
Kelebihan buat duit dengan affiliate, anda tidak perlu hasilkan produk dan bangunkan sistem, hanya perlu gunakan sistem sedia ada yang dibangunkan vendor.
Tugas affiliater hanya perlu buat promosi; segala bayaran, penghantaran, dispute danrefund akan dikendalikan oleh vendor.
Jadi, anda boleh mulakan bisnes sebagai affiliater dengan mudah dan tanpa perlukan modal besar untuk tambah pendapatan.
Namun, kelemahan utama buat duit dengan affiliate adalah sukar untuk ‘secure’komisen disebabkan sukar untuk memastikan prospek membeli melalui link yang anda berikan.
Boleh sahaja prospek ignore link anda, dan terus pergi ke laman web vendor dan buat pembelian.
Akibatnya, anda akan terlepas komisen walaupun prospek tadi dapat tahu berkenaan tawaran vendor melalui promosi yang anda lakukan.
Untuk panduan lengkap berkenaan cara sebenar buat bisnes mudah dengan affiliate, boleh download panduan percuma di sini: Hero Affiliate

2. Buat duit dengan dropship
bisnes mudahMelalui bisnes dropship, anda perlu juga mendaftar dengan vendor dan selepas disahkan, anda akan dikenali sebagai agendropship.
Antara vendor yang mempunyai sistemdropship yang baik adalah Pusat Borong, Dropship IM, Yosh, Malaya Street dan Dropship Malaysia.
Sebagai agen, anda akan diberi harga yang lebih murah berbanding harga pasaran bagi setiap produk yang vendor jual.
Contohnya, vendor jual sehelai kain pasang pada harga RM 80/pasang, tetapi untuk agen diberikan harga RM 60/pasang.
Sebagai agen dropship, tugas anda adalah mempromosikan dan menjual produk tersebut kepada orang lain pada harga yang ditetapkan vendor atau mark-up lagi untuk lebih keuntungan.
Apabila pelanggan membeli, anda perlu terima bayaran daripada pelanggan, kemudian bayarkan kepada vendor pada harga agen dan vendor akan poskan barang tersebut kepada pelanggan anda.
Keuntungan daripada hasil jualan tersebut anda sendiri ambil dan simpan, bukan dibayar oleh vendor.
Sama seperti bisnes affiliate, kelebihan buat duit dengan dropship ini adalah tidak memerlukan anda menghasilkan atau mempunyai produk sendiri dan tidak perlu pegang stok.
Namun, anda perlu mempunyai sistem jualan sendiri dan bekerja lebih sedikit (terima bayaran daripada pelanggan dan buat bayaran kepada vendor)
Di samping itu, kelemahan bisnes dropship juga adalah persaingan yang tinggi daripada agen dropship lain dan yang paling teruk, risiko pelanggan ‘dicuri’ oleh vendor.

Bayangkan, anda penat-penat buat promosi dan tarik pelanggan untuk beli, apabila pelanggan beli dan anda berikan details kepada vendor, vendor simpan maklumat pelanggan dan kemudian buat promosi terus kepada pelanggan pada masa depan.
Akibatnya, pelanggan akan membeli terus daripada vendor selepas ini, bukan lagi daripada anda.
Untuk elakkan masalah ini, perlulah cari vendor dropship yang baik dan profesional.
Untuk panduan lengkap berkenaan bisnes dropship, boleh dapatkan lebih banyak maklumat di sini: Bisnes Dropship FB dan Pro Spy FB
3. Bisnes mudah dengan arbitrage
bisnes mudahMelalui model bisnes arbitrage, anda tidak perlu mendaftar menjadi agen kepada mana-mana vendor.
Sebaliknya, anda cuma promosikan produk-produk yang dijual di laman-laman web e-commerce atau kedai-kedai berdekatan anda, dan jual pada harga yang di mark-up.
Contohnya, anda jumpa satu produk A di laman web Lelong berharga RM 50, anda ambil gambar dan spesifikasi produk tersebut lalu promosikan kepada orang lain melalui media sosial atau Whatsapp.
Tetapi, harga yang anda tawarkan adalah RM 70, bermaksud anda akan dapat keuntungan sebanyak RM 20 jika produk tersebut dijual.
Apabila ada pembeli, anda terima bayaran, kemudian buat pesanan di laman web tadi.
Untuk pastikan pembeli tidak tahu harga sebenar produk tersebut, pastikan anda memasukkan alamat yang berasingan untuk penghantaran produk dan bil, atau hantar mesej kepada penjual mengatakan bahawa produk tersebut dibeli sebagai hadiah, tidak perlu diletakkan tanda harga.
Dengan teknik ini, anda seolah-olah tolong belikan barang kepada pelanggan anda sahaja, dengan ambil sedikit upah.
Kelemahan teknik ini, pelanggan mungkin marah atau tidak berpuas hati jika mereka akhirnya dapat tahu harga sebenar produk yang dibeli tersebut.
Untuk pastikan teknik arbitrage ini berjaya, anda dinasihatkan untuk menjual dan mempromosikan produk-produk hot sahaja.
Boleh dapatkan di sini senarai produk-produk hot yang mudah dijual: Produk Hot FB
4. Bisnes mudah dengan consignment
bisnes mudahModel bisnes consignment adalah model bisnes old-school dan evergreen; diamalkan dari dulu dan akan tetap diamalkan sekarang dan pada masa akan datang.
Kalau ikut kepada definisi, consignmentbermaksud memberikan produk kepada orang lain, tetapi masih mengekalkan pemilikan ke atas produk tersebut sehinggalah terjual.
Dalam teknik consignment, anda perlu berjumpa dengan pembekal dan dapatkan stok barang secara percuma terlebih dahulu, dengan mengikat perjanjian yang bayaran akan dibuat selepas barang terjual.
Mungkin untuk mengelakkan kerugian, pembekal akan meminta sedikit bayaran deposit atau cagaran terlebih dahulu.
Selepas dapat barang, anda jualkan barang tersebut dengan mengambil kira margin keuntungan yang dikehendaki.
Bayaran akan dibuat kepada pembekal selepas barang terjual dalam jangka masa 1 minggu sekali, 2 minggu sekali atau sebulan sekali, bergantung kepada perjanjian dengan pembekal.
Jika ada barang yang tidak terjual, boleh hantar semula kepada pembekal dan tukarkan dengan barang atau stok baru.
Kiranya, anda cuma perlu tolong jualkan barang pembekal, dan ambil upah sendiri (keuntungan) jika barang tersebut berjaya dijual.
Kelebihan utama taknik ini adalah dapat stok secara percuma/murah, sentiasa dapat stok baru dan risiko kerugian yang rendah akibat stok tidak terjual.
Tetapi, untuk lakukan bisnes mudah tanpa modal besar sebegini, perlulah mempunyai dan menjaga hubungan yang baik dengan pembekal.

Bisnes Online,Bagaimana Untuk Bermula???


Image result for Bisnes online
Nak mulakan bisnes online?
Tapi ada masalah modal?
Yer la…biasanya apabila kita nak mulakan bisnes sebab nak tambah duit.
Tapi pada masa yang sama nak kena ada modal juga untuk mulakan bisnes.
Berita baik untuk mereka yang ingin buat bisnes online tapi tiada modal , sebenarnya ada cara untuk anda mulakan bisnes tanpa modal.
Jom saya kongsikan 3 Cara untuk anda mulakan bisnes online tanpa modal ini.

1. Affiliate

Affiliate ini lebih kurang macam dropship.
Tetapi dropship di alam nyata..affiliate pula di alam maya.
Bagaimana buat duit dengan affiliate ini?
Senang saje..anda hanya perlu promote link affiliate anda di mana-mana tempat yang anda rasa boleh terjual.
Contoh seperti dalam whatsapp group sekolah, Facebook profile, instagram dan banyak lagi platform media sosial anda boleh gunakan.
Apabila seseorang itu membeli produk melalui link yang anda kongsikan tersebut anda akan mendapat komisyen.
Komisyen kebiasaannya ditetapkan oleh owner bagi produk tersebut.
(lihat video dibawah untuk melihat penyedia platform untuk affiliate di dalam dan luar negara)

2. Arbitrage.

Arbitrage ini sebenarnya simple sahaja.
Anda hanya perlu cari supplier yang boleh supply sesuatu barang pada harga yang murah dari harga pasaran.
Kemudian anda jual semula pada harga pasaran sedia ada.
Contohnya :
Di laman web alibaba.com harga bagi sehelai jersi Man United adalah RM 10.
Harga jersi Man United di pasaran adalah pada harga RM 50.
Jadi anda dah boleh dapat RM 30 extra jika anda mengambil jersi tersebut dan jualkan semula.
Simple kan?

Lewat Berjalan



Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan.
Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepalaumur 3 bulan
Kaki memijakumur 4 bulan
Meniarapumur 6 bulan
Duduk tanpa bantuanumur 9 bulan
Berdiri  tanpa sokonganumur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
  • Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
  • Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
  • Cerebral palsy:
    • Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
    • Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
  • Lewat perkembangan secara umum (global):
    • Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
    • Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
  • Masalah otot:
    • Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophydan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
    • Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.

Bisnes Tanpa Modal Besar

Apabila terasa pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan mengawal perbelanjaan. Kena ...